Monday, August 4, 2014
Perkhidmatan
Setepak Sireh,
Terima kasih kerana sudi mengunjugi kami di Anggun Wood Craft. Besarlah hajat kami untuk memperkenalkan barangan dan produk asli ini supaya ianya dapat diwarisi dan ditinggalkan untuk generasi akan datang.
Kami adalah sebuah syarikat pengeluar barangan dan produk berasaskan ukiran kayu. Di Anggun Wood Craft kami mengetengahkan ciri ukiran melayu nusantara yang mana ianya banyak bermotifkan sumber tropika dan asli. Barangan yang dihasilkan oleh Anggun Wood Craft mempunyai nilai kesenian yang tinggi berbanding barangan kraftangan yang di import dari negara luar. Perbandingan boleh dibuat berdasarkan kehalusan ukiran dan ketelitian dalam mengembangkan konsep mengikut petua turun temurun masyarakat melayu. Selain daripada itu kami juga menerima
tempahan untuk membuat produk lain yang berasaskan kayu seperti pagar
kayu, awning kayu, chalet, rumah kayu dan sebagainya.
Di Anggun Wood Craft Kehalusan dan ketelitian dalam menghasilkan produk kayu adalah teras utama akan kejayaan kami. Dengan tempahan yang kami terima sepanjang tahun dari pelanggan yang rata-ratanya adalah peminat seni berasaskan kayu. Ianya telah membuktikan bahawa hasil produk yang dijual adalah benar-benar bermutu dan berkualiti tinggi.
Berikut adalah senarai produk yang pernah dihasilkan mengikut keperluan dan permintaan pasaran:
- Meja Taman.
- Chalet & Rumah Kayu.
- Pondok & Dangau.
- Gazebo & Wakaf.
- Pergola.
- Rumah Pengawal.
- Stor.
- Kios.
- Meja Taman.
- Mimbar Masjid
- Bingkai gambar.
- Jam dinding.
- Cederamata Berasaskan Kayu.
- Plug Perasmian.
- Papan tanda.
- Tanda Nama.
- Kepala katil.
- Tiang Rumah.
- Anjung.
- Sengkuap (Awning)
- Parking(Porch)
- Serambi.
- Beranda.
- Kabinet dapur.
- Cermin Besar.
- Gerbang.
- Tepak Sireh.
- Rak Kasut.
- Rak Buku.
- Almari Baju.
- Dinding Kayu.
- Kabinet Hiasan.
- Kabinet TV.
- Pintu berukir.
- Bingkai Tingkap.
Nota: Sila rujuk gambar di laman galeri. Galeri
Jenis Kayu
Produk
boleh dibuat menggunakan kayu sama ada Cengal, Balau, Keruing, Meranti
atau kayu diawet (Treated Wood) dan sebagainya mengikut citarasa pelanggan. Ketahanan produk bergantung kepada
jenis kayu yang digunakan. Produk Meranti akan tahan lebih lama jika tidak terdedah secara langsung kepada panas dan hujan.
Semua
produk akan diwarna dengan 2 lapis bahan warna mengikut pilihan
pelanggan sama ada menggunakan Nippon Varnish atau Gori. Warna yang sering digunakan ialah Oak, Meranti, Rose Wood, Teak, Charcoal, dan sebagainya.
Harga & Tempoh Siap
Harga dan tempoh yang diambil untuk menyiapkan tempahan adalah bergantung
kepada produk pilihan termasuk saiz, design, bahan mentah, cuaca,
giliran menunggu, bayaran, masa tempahan, sumber manusia &
faktor-faktor lain yang berkaitan.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan dan pertanyaan sila hubungi kami di alamat:
Anggun Wood Craft
No. 10 Kg Telok Kandih,
Jalan Alor Mengkudu,
Mukim Derga,
05400 Alor setar
Kedah Darul Aman.
Tel: 012-5791132
WhatsApp: 016-5239326
Subscribe to:
Posts (Atom)